Related Posts with Thumbnails

Tuesday, June 08, 2010

Budak kenan kucing


Pelik tapi benar. Itulah keajaiban berlaku ke atas bayi lelaki berusia 18 bulan yang didakwa terkena ‘kenan’ kucing apabila mata hitamnya bertukar biru selepas dua minggu dilahirkan.
Perubahan itu dipercayai berkait rapat dengan kegemaran ibu bayi berkenaan, Khatijah Kassim, 37 yang gemar membelai kucing bermata biru ketika baru beberapa minggu mengandungkan Zulfazli Zaidi.

“Sehingga saya melahirkannya, saya tertarik dengan seekor kucing bermata biru yang saya sendiri tidak tahu dari mana datangnya.

“Apa yang peliknya, selepas Zulfazli dilahirkan, kucing itu tidak kelihatan lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Semariang di sini, semalam.

Menceritakan bagaimana perubahan pada mata anaknya berlaku, Khatijah berkata, dia mulanya tidak menyedari perkara itu sehingga Zulfazli berusia dua minggu.

“Saya risau dan cemas ketika itu. Macam-macam saya fikir sehinggalah saya membawa Zulfazli ke klinik pakar untuk pemeriksaan.
“Tetapi, doktor pakar menjelaskan matanya normal. Lega hati saya kerana pada mulanya menyangka anak saya buta. Pada masa sama, saya juga hairan kerana ketika usianya kurang setahun, dia memiliki bulu kening panjang serta misai.

“Saya dan keluarga pelik bagaimana mata anak saya berwarna biru sedangkan tiada keturunan kami memiliki mata seperti itu,” katanya. 


Sumber:Metro

p/s:kekuasaan Tuhan yang tiada tandingan.kenan kucing mata biru selalu pun takpa kalau cantik macam ni. :)

4 comments:

senpohseng said...

hahha....bru dapat....

cikAfro said...

hehe...

Hellioz said...

banyak sgt gambar ni gwa tgok harini
kompius gwa da masok blom bloglu

gyahahaahahah~

HAI!
gyahahaahahaahaha~

cikAfro said...

cet.