Related Posts with Thumbnails

Monday, November 30, 2009

cerita saya yang berupa pengakuan yang tak pernah dimediakan.


lame da tidak update blog.terlalu sibuk makanasik.haha.oke.rasa macam nak crita seswatu.
suma ni mula tahun 2008.bulan februari.maseh riang ria bekawan-kawan.pegi satu program uni kat Kelantan.sakit teruk dan takda suara waktu tu tapi masih jugak mahu ikut aktiviti.februari 2008.lagu Hujan famous gila time ni.pakat nyanyi ramai-ramai walaupun tune lari.ingat lagi kat Ana dan Iman waktu tu.nyanyi-nyanyi kat kampung yang boleh kate tepuruk jugak kat Kelantan tu.malam kedua.ade pasar malam kot kat padang kampung ni.saya pun pergilah dengan Ana dan Iman.tapi di kala leka-leka tu,Ana hilang tak tahu ke mana.tinggal la saya dan Iman.saya pun jalan-jalan lagi dengan gula-gula kapas kat tangan.sedap.jalan-jalan.tiba-tiba,mata ini tetancap pada sesuatu yang bertulis "MRSM Kota Kinabalu".eh?ade orang pakai baju skola saye dulu la kat kampung ni.saya yang environment-friendly ni pun bergegas ke tempat kejadian.eh,ke orang itu.ringan je mulut trus tanya "Awak ni budak ex MRSM ke?" tekebil-kebil mata budak tu jawab ha ah.budak tu macam aku kenal je muke die tapi sape tah ek?ooo...rupenye die junior aku waktu skool dulu.pastu berlalu pergi je tanpa cakap apa-apa lagi kat dia.muka budak tu pun da tak ingat langsung.sebab waktu tu hati tengah berbunga-bunga kat budak lain.heeee.
balik kampus.
sebulan kemudian.saya dapat mesej bunyik macam ni la lebih kurang,lupa sudey."Ingat sy lg tak,yang jmp kat Baksis haritu?-xxxxx" tekebil-kebil jugak ingat semula sebab sebenarnye da lupa...teeheee...reply la yang konon saya masih ingat.tapi lambat selepas tu ingat jugak.dari hari itu dalam bulan mac itu maka hampir setiap hari budak ini mesej saya ajak pegi dinner.serius!tak putus asa.tapi tak pernah sekalipun klua pegi dinner dengan dia.sebab saya tak suka layan budak yang muda dari saya waktu tu.hmmm.then budak ini add saya pula di laman kawan-kawan yang famous sebelum yang sekarang ni.di situ barulah tengok muka dia lagi selepas last tengok kat Kelantan haritu.o ya.saya sibuk cakap Sabah dengan dia tapi dia orang Malaya.disebabkan itu,saya rasa saya boleh kawan dengan dia.lalu pada suatu hari,dia ajak saya tengok wayang.mula-mula tak mahu.erk!mahu tengok wayang dengan orang yang anda tak suka is a big NO NO.tapi saya pergi juga sebab kesian dia ajak da lama.dia pun jemput kat kolej kediaman.eh,di bawak kawan...laaa...i tot that was the time untuk saya kenal dia dalam-dalam lagi.haha.tak jadi.then keluar la kami be3.after hari itu,dia lagi selalu ajak saya keluar.tapi sumpah sampai setahun selepas itu,saya tak pernah pun keluar dengan dia lagi kecuali yang tadi tu.memang kesian.
2009.dia da tak mesej lagi dah.
tecari-cari jugak mesej dia.tapi saya assume dia da give up dan move on(with another budak perempuan).pastu...ditakdirkan saya kena pergi kursus pula dekat Sepang.mula-mula tak mahu pergi,tapi terpaksa dan kena paksa,maka pegilah.dalam hati saya kata "mintak-mintak ada budak hensem."haha.biasala kalau pegi aktiviti uni mesti kita ada check out budak yang hensem dan cantik kan?heeee...waktu tu tengah duduk dengar briefing bla bla bla.tiba-tiba di depan saya datng seorang budak yang amat saya kenal sekali.BUDAK TU LA!yang mesej saye hampir setiap hari tapi saya buat x tahu je.o yeah.saya pun tegur la dia.dengan harapan dia masih excited macam dulu.hampa.budak tu langsung tak layan.waktu ni,saya ada sorang bestfriend.nak jadi cerita,bestfriend saya disukai oleh kawan budak itu tadi.jeng jeng jeng.secara tak langsung,budak itu harus menatap muka ini demi kawan dia yang menyukai kawan saya ini.pada satu petang lepas 2 3 hari pulang dari kursus itu..saya dapat call.dari budak itu!dia kata nak jumpa saya,turun bawah sekarang.baik.saya marah-marah dia kerana insiden dia tak layan saya waktu kursus tu.(rupanya sebab da benci saya tak layan dia ajak saya kluar makan.)dia datang dengan kawan dia.tapi dia tak cakap sepatah pun.rupanya kawan dia nak promote bisnes baju.di akhir perbualan,kawan dia kata ajak lepak kerana kawan dia suda jatuh cinta pada kawan saya.lagi sekali.tentu la saya tak mahu sebab saya pun da tak suka budak itu.SANGAT TAK SUKA.tapi...kalah betul dengan pujukan kerana kawan saya pula setuju.jadik.satu malam bulan april itu.kami keluar lepak.sangat da lambat.pukul 12.30 malam di melaka memang da "mati".pegila jalan saja lepak tepi sungai pula.atau tepi laut.dua-dua skali.lalalalala.saya sangat tak suka budak itu.dia suka lawan-lawan cakap dengan saya.that was it.saya sampai kata "sumpah tak mahu ada boyfriend macam dia."tapi kawan saya tanya kenapa saya sangat tak suka budak itu.takda jawapan sebab terlalu benci.
paling benci waktu ni.
saya dapat lagi pergi masum tahun 2009.main kayak.kebetulan team rowing tak cukup atlet.kerana kawan saya tahu saya benci budak itu,kawan saya ajak budak itu dan kawan dia join team rowing TANPA PENGETAHUAN SAYA.duh!sangat tak suka bila satu petang saya pergi training saya nampak budak itu.BENCI.paling benci sekali bila saya terpaksa pegi training naik kereta dengan budak itu sebab takda kenderaan nak bawak paddle yang besar lagi panjang itu.saya ejek budak itu kaki gemuk sebab kaki dia nampak gemuk bila berlari.AHHHHHH SANGAT BENCI TENGOK MUKA DIA.sampai la hari nak pegi Putrajaya untuk pertandingan.sejak dari training lagi,kawan-kawan saya kata budak itu suka kat saya.erk!tak mahu tak mahu sebab dia jahat.tapi terharu jugak.pada malam sebelum pertandingan budak itu ada mesej saya kata good luck.eh?hmmm...saya tak cakap apa pun sebab totally tak suka dia.sekarang saya tahu anda boleh panggil saya jahat juga.lepas balik dari pertandingan dalam bulan 5 itu juga,dia macam tak puas hati dengan saya ni.satu malam lepa makan malam dengan kawan saya dan budak itu,budak itu suruh kawn saya bawak kereta.???kemudian,sampai satu tempat.kedai makan.(sumpah tak suka kedai ini sebab kenangan buruk+manis ini)budak itu mula marah saya.i mean bagi nasihat.pada masa itu saya tak suka sangat2 nak dengar.tapi budak itu mula naik suara,sebab saya melawan dia lagi.saya pun menangis.agaknya budak itu terkejut.tiba-tiba budak itu membuat satu pengakuan.BAHAWASANYA DIA MEMANG SUDAH JATUH CINTA KEPADA SAYA.o no.saya yang sedang menangis tiba-tiba terketawa.saya ingat saya cakap JANGAN MENARUH HARAPAN SEBAB I DON'T DATE MY FRIEND WHO I USED TO HATE TAPI TENGOKLA MACAMANA.tapi budak itu kata lagi,"MAKSUDNYA,SAYA ADA HARAPAN LAGI LA?"waktu tu,saya ketawa gembira.budak itu memang sudah jatuh cinta!
2 minggu.saya ambik masa fikirkan apa yang dia kata.akhirnya.sebelum saya present PSM II saya,sebelum dia pulang ke Sabah,saya kata YA SAYA MAHU CUBA JADI PEREMPUAN KESAYANGAN AWAK.haha.kenapalah lama sangat macam ni baru saya terima sedangkan setahun lebih budak itu mencuba tapi saya tak berikan peluang pun.sekarang saya menyesal sedikit sebab kalaulah saya tahu dari dulu akhir macam ini,tentu saya sangat gembira bersama budak itu.budak itu sangat-sangatlah rajin bagi nasihat dan budak itu terima saja apa saya cakap ke dia mahu baik atau buruk tanpa dia banyak cakap balik.
19 Jun 2009.
ingn saja saya paste kan mesej yang budak itu bagi.hati sudah berbunga-bunga.
BETUL IBU CAKAP,JANGAN BENCI-BENCI ORANG,NANTI ORANG TU JUGAK YANG KO SAYANG-SAYANG.
masinnya mulut orang tua!saya tak mahu lepaskan budak itu lagi.sayang sungguh pada dia.cukup la sekali.tak mahu jadi bodoh lagi.budak itu ialah budak kesayangan saya sekarang. :) 




   it is true.

4 comments:

Mish Hawtchocolate said...

woooo..pnjg gileee!!
love story la neyy..

oww...mule2 bnci..
then...hehhehe..
cmtuh cite nyer..

hmm...
ape2 pon.
smoga bpnjgn la yeh..
;)

cikAfro said...

haha.yep.thnx!to u too...

Hazwan Hakim said...

pergh....kak dino sudah mula berjumpa cinta sejatinye..
hauahuahau..
tahniah...
jngn lupa ajak dak2 KLASKA mkn nasik!

cikAfro said...

hahaha..klaka la akim...oke!